Butterfinger – Vio Pipe
p/s: I didn’t manage to find any lyric for this song. Can you help me on this? :p
<–!
Salam.
Dah sebulan lebih aku menjadi bukan penganggur, dangan erti kata lain aku sudah bekerja. Di sebuah syarikat yang jauh lebih kecil jika hendak dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang pernah menjadi pilihan hati, Tri-it. Impian, pilihan dan harapan itu terpaksa diletak ketepi untuk sedikit masa yang aku sendiri jujurnya tidak pasti sampai bila. Terlalu berharap, hampir membuatkan aku tertiarap. Tapi perkara itu sudah berlaku lama dulu, sebelum aku siapkan FYP 2 Progress Report lagi. Sejak itu, aku sudah bersedia dan sejak itulah segalanya aku letakkan ketepi, supaya tidak menjadi penghalang untuk aku perlahan-lahan menuju kedepan nanti.
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, itulah bakal tertera diatas Ijazah yang akan aku terima dalam sedikit masa lagi. (Hakikatnya aku hanya akan menerima bekas skrol, skrol yang betul akan diambil oleh Yeop nanti
). Sekarang, aku bukan seorang jurutera dan aku tidak rasa aku akan menjadi seorang jurutera. (Tapi segalanya mungkin). Rugi bukan?
Belajar lain, kerja lain. Sia-sia lima tahun.
Sia-sia ke? Dimana? Kerana aku sekarang bukan seorang jurutera? Jika hendak dikatakan sia-sia, adalah suatu yang aku kira melampau. Jika tidak kerana lima tahun itu, entah siapa aku sekarang (mungkin Exco Pemuda? mungkin seorang penyangak?), entah apa yang aku buat sekarang (mungkin main golf? mungkin lepak di wakaf?). Jadi, lima tahun itu tidak sia-sia, setidak-tidaknya bagi aku.
Aku dah kerja. Bukan dibidang kejuruteraan, tapi IT. Semoga inilah yang terbaik untuk aku, mereka, dia dan kita.
–>
Fikri(acong) perkenalkan lagu ni. Masa tu tengah nak pilih lagu-lagu yang sesuai untuk diletakkan dalam aplikasi multimedia untuk HK 2003. pilih punya pilih, aku, adlan(lanpunk), acong memilih lagu ini sebagai lagu utama, untuk bunyi latar aplikasi tu. terlalu banyak benda yang nak ditulis kalau hendak dikupas berkenaan lagu ni. buat masa sekarang aku memilih untuk tidak menulis disini.
it was a great moment with those guys during school days. many things go unexpected.
thnx to Cikgu Marina and Cikgu Jeff for the oppurtinity. I learned a lot.