salamX (Jiwang’s style)
seperti biasa, mulakan dengan utusan. dan macam biasa juga, web utusan tu nak kena refresh banyak kali kalau pagi-pagi begini. biasala, masa ni orang semua baru masuk kerja, tapi mungkin belum start kerja. membaca akhbar online mungkin sudah menjadi suatu kemestian terutamanya bagi mereka yang tidak berkelapangan. akhbar edisi salinan keras (hardcopy) mungkin hanya akan dibelek selepas pulang dari pejabat.
untuk pihak utusan pula, mungkin tambahkan bandwidth mampu meringankan bebas pengunjung setia. Tertarik dengan berita Kekurangan Pelajar Lelaki Kian Serius.
http://www.utu…g=mh_04.htm
Hal ini rasanya telah banyak diperkatakan sebelum ini. Di mana lelaki?
Laman web apakah pada anda yang menjadi tumpuan utama rakyat malaysia?
utusan? harakahdaily? alhaqdaily? af? atau mungkin buat masa sekarang, euro?
Tiada yang betul. Menurut senarai yang dikeluarkan oleh Alexa.com (Syarikat Informasi Web), adalah seperti berikut. ( Saya senaraikan 5 teratas sahaja, yang lain boleh semak disini.)
1- Yahoo
2- Google Malaysia
3- Friendster
4- YouTube
5- Google
Untuk dua laman web yang pertama dan yang ke-5, jumlah pelawat yang tinggi adalah berkemungkinan tinggi disebabkan oleh ketiga-tiga laman itu merupakan default home untuk kebanyaan browser. begitu juga dengan laman web yang berada di tangga ke 7 dan 8 (msn dan windows live).
Friendster? sepertimana post saya yang lepas, memang orang Malaysia suka berfriendster dan MySpace (atau mungkin kita lebih suka bersosial secara maya) Anda boleh tengok disini.
YouTube? untuk video percuma mungkin. Semoga YouTube tidak akan mengambil pendekatan yang sama sepertimana pendekatan yang dibuat oleh Veoh TV. (MALAYSIAN RAWK)
Blogger.com? Maaf, blog saya ini tidak ada perkaitan dengan blogger.com. jadinya, lawatan ke blog saya ini tidak akan sama sekali meningkatkan ranking blogger.com
. Rakyat Malaysia suka berblog.
Yang paling menarik pada saya ialah Maybank2u.com.my yang berada di tangga ke-14. Kita memang berduit eh?
Rata-rata, penggunaan internet di Malaysia adalah sangat luas. Tetapi, penyalahgunaan jugak adalah sangat tinggi. Untuk statistik oleh MyCert, lihat disini. Boleh rujuk disini untuk artikel dari Lowyat.
Tinggi bukan? Tetapi pada saya (atau mungkin orang lain juga) kadar malicious activities yang tinggi itu bukan disebabkan penyalahgunaan oleh pengguna dari Malaysia sendiri, tetapi diexploitasi oleh orang luar. Masalah dengan orang Malaysia mungkin berkenaan dengan Internet Security, Network Security. Tengok sahaja jumlah spam untuk suku pertama 2008, cukup tinggi. Ini mungkin eksploitasi oleh orang luar. Bagaimana? spyware, malware dan lain2 ###ware. Benda-benda beginilah yang menyumbangkan peningkatan aktiviti-aktiviti salah berkenaan. bergitu juga software yang outdated, tak dipatch dan sebagainya.
nothing is secure on the wire.