September 7th, 2008
tugas, tanggungjawab dan beban.
tiga perkara yang mungkin saling berkaitan. tiga perkara yang banyak memburu dan membantu mereka yang berjaya dan mereka yang gagal pada hari ini.
saya sendiri tidak dapat membezakan ape sebenarnya perbezaan diantara ketiga-tiga itu. yang pasti, pada saya tanggungjawab dan tugas jatuh didalam subset yang sama yang mana lebih bersifat positif. beban pula adalah suatu yang negatif, tidak menjadi pilihan sesiapa.
silap meletakkan tanggungjawab boleh menjadikannya satu beban. sebagai peringatan kepada diri sendiri, bersifat adillah dalam menunaikan tanggungjawab dan menjalankan tugas.
apa tugas kita, tanggungjawab kita (aku) sebagai pelajar? apa pula bebanannya?
Posted in General | No Comments »
September 6th, 2008
weekend dan puasa.
tdo itu hanya meletihkan. study2
Posted in General | No Comments »
September 4th, 2008
why the hell i should care about this damn thing
Posted in General | 4 Comments »
September 3rd, 2008
if (u.think == u.looser) { while (1) { u.looser; if (want.change = 1) break; else continue; } else { u.winner; }
it’s what we think.
Posted in General | No Comments »
September 2nd, 2008
“welcome back” greet YAMAHA 125ZR
Posted in General | 2 Comments »
August 31st, 2008
salam Ramadhan buat semua
semoga segala amal ibadat sepanjang bulan ramadhan ini diterima oleh-Nya.
insya-Allah 
Posted in General | No Comments »
August 31st, 2008
Salam Merdeka buat semua..
ingin berkongsi sebahagian dari sebuat post dari page ini. Berkenaan kepentingan bermuhasabah
Muhasabah adalah perkataan bahasa Arab bermaksud penilaian diri.
Berdasarkan Imam al-Mawardi:
“Muhasabah ialah seorang manusia menilai dirinya pada malam terhadap apa saja dilakukannya pada siang hari. Jika ia melakukan perkara yang terpuji maka ia akan meneruskannya dan jika ia melakukan perbuatan tercela, maka ia akan meninggalkannya dan tidak akan mengulanginya lagi“.
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah pula berkata:
“Muhasabah ialah seorang hamba membezakan antara apa yang dibuat, sama ada mendapat pahala atau mendapat dosa, pekerjaan yang mendapat pahala akan diteruskan, manakala yang mendatangkan dosa ditinggalkan. Kerana ia umpama musafir yang bermusafir dalam perjalanan yang tidak akan kembali lagi“.
Kepentingan muhasabah adalah suatu amalan yang sangat baik diamalkan kerana ia mempunyai faedah dan kebaikan yang akan memperkasa mukmin bertakwa.
Antara kebaikannya ialah:
- Dengan bermuhasabah setiap individu akan sentiasa waspada terhadap segala tingkah lakunya. Muhasabah akan membuatkan individu muslim sentiasa mempunyai ruang menginsafi diri dan bimbang akan nasib yang akan menimpanya di akhirat kelak. Manakala akibat dari meninggalkan muhasabah menyebabkan ramai yang alpa dan terus hilang rasa bimbang akan hari penghisaban yang akan dikendalikan oleh Allah
, di mana kita tidak mempunyai peluang untuk menipu dan mengelak dari soalan berkenaan dengan amalan sepanjang kehidupan kita. Mereka akan terus tenggelam dan bergelumang dengan maksiat.
- Muhasabah juga akan membuka ruang kepada setiap individu mengenali kelemahan diri sendiri serta kekurangan yang ada. Kerana barang siapa yang mampu mengenali kelemahan diri sendiri pasti akan dapat memupuk sifat rendah diri dan tawaduk. Ia juga akan dapat berusaha memperbaiki diri dengan menumpukan pada kelemahan yang sudah dikenal pasti pada dirinya.
- Muhasabah diri juga akan membuka minda kita mengenali betapa besarnya nikmat dan kurniaan dari Allah
kepada setiap individu. Di samping kita akan bertemu dengan kelemahan diri kita juga pastinya akan dapat membuat perbandingan betapa besarnya kurniaan Allah
Taala kepada kita seperti nikmat sihat, zuriat, harta benda, pelajaran dan sebagainya yang tidak mampu kita hitung. Ia akan menjadikan individu bermuhasabah sentiasa bersyukur dan tunduk kepada ajaran Allah
.
- Muhasabah juga dapat menyucikan diri dari sebarang sifat hati yang tercela seperti riak (suka menunjuk-nunjuk), takabbur (rasa bongkak atau besar diri), hasad (dengki) dan sebagainya. Muhasabah diri akan dapat menyedarkan kita betapa busuknya hati kita yang tidak pernah puas hati dengan rakan sekerja dan kawan-kawan. Sifat tercela ini kemudian digantikan dengan hati dan jiwa yang bersih dengan perasaan rendah diri, hormat kepada orang lain dan merasakan gembira dengan nikmat yang dikecapi oleh mereka.
- Muhasabah diri akan dapat menghidupkan jiwa yang mati dan akan dapat menyuburkan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri serta dapat membuat petimbangan yang teliti terhadap setiap gerak geri dan tingkah laku.
//source: http://nurjeehan.hadithuna.com/muhasabah-cara-bentuk-peribadi/
Ayuh, marilah kita bermuhasabah. (bukan munasabah eh u :p)
Posted in General | No Comments »
August 30th, 2008
selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua.
kemerdekaan yang ke-51.
lima puluh satu. bukan satu tempoh masa yang pendek. semoga terus dicucuri rahmat dan diberkati rahmat untuk semua. 
Posted in General | No Comments »
August 29th, 2008
ya betul.
kita mungkin merasakan kehadiran kita adalah untuk memeriahkan, meraikan ataupun sekadar memenuhi jemputan. tapi terfikirkah kita akan kemungkinan wujudnya rasa tidak senang dikalangan mereka yang lain diatas kehadiran kita itu? sejauh mana kita mengambil kira perasaan negatif golongan-golongan ini.
Tidak. Bukan kita perlu tahu apa mereka rasa dan siapa mereka. Tetapi, adalah perlu untuk kita tahu sebagai muhasabah atau peringatan buat kita sendiri yang mana bahawasanya hidup kita didunia ini mungkin hanya menyusahkan beberapa pihak. Dan dari situ, perlu untuk kita ambil tahu kenapa hal ini berlaku. Dan lagi, dari situ juga mungkin kita perlu berbuat sesuatu. Tidak. Bukan berubah kerana kita tidak disukai, tapi berubah diatas apa yang tidak mereka sukai yang ada pada kita.
Kenapa perlu? Sebab kita hidup tidak seorang. Supaya kita sentiasa berpijak dibumi yang nyata. Supaya kita sentiasa sedar betapa kecilnya kita, dimana kita adalah tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang, tetapi tidak bermakna kita seharusnya menjauhkan diri daripada cuba berbuatnya.
Tapi ingat, jangan dibenci membawa kita kepada membenci. 
Posted in General | No Comments »
August 28th, 2008
semua = tipu. bohong. kecek. lebong. nawok. pelawok.
saya cuba utk tidak semua itu.
saya tidak suka disemua itu kan.
bersahabatlah kita selama-lamanya.
p/s: Ramadhan is coming… someone is leaving…
Posted in General | No Comments »